Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Semalam saya mengikut mak dan ayah ke surau Presint 11 memandangkan hari tersebut dijadualkan ada kuliah maghrib. Setelah memaklumkan mr hubby, sy membawa bersama si buntat dengan niat untuk expose beliau dengan ilmu agama. Dalam hati terselit juga rs bimbang andaikata si buntat meragam dan mengamuk yang boleh mengganggu konsentrasi jemaah beribadah.
Tapi..
Keadaan sebaliknya berlaku. Buntat tidak meragam jauh lagi mengamuk. Cuma ada merengek nak menyusu. Akan tetapi out of my expextation kehadiran buntat telah menarik minat budak2 perempuan di situ untuk bermain dgnnya hingga menyebabkan mereka meninggalkan solat!
Mungkin ada hikmahnya kuliah maghrib dibatalkan sebaliknya digantikan dengan tahlil. Tapi sepanjang berada di surau, sy langsung tak boleh concentrate. Budak2 tuh ada juga minta jaga buntat. Tapi being a possessive and protective mom, sy keberatan untuk benarkan.
Saya rasa bersalah..
Satu, bersalah disebabkan saya, budak2 yang telah sampai umur wajib dirotan meninggalkan solat.
Dua, bersalah pada diri sendiri kerana langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada aktiviti keagamaan di surau and so defeat the purpose of going to surau..:(
Serik?
Tak..sebaliknya sy akan memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua!InsyaAllah