Friday, February 1, 2013

Didikan psikologi

Sesungguhnya menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang datang secara semulajadi semata-mata. Ia harus dipelajari dan dipraktikkan. Tidak kira melalui buku, seminar, video atau pun pengalaman sendiri.
Dulu-dulu ibu bapa sangat bertegas dengan anak-anak. Alhamdulillah anak-anak menjadi manusia. Akan tetapi zaman telah berubah. Anak-anak sekarang tidak lagi boleh disuntik elemen ketegasan malah zaman sekarang pakar keibubapaan banyak menyarankan kaedah psikologi dalam mendidik anak-anak.

Pembelajaran saya dalam bidang kaunseling sedikit sebanyak membantu saya mengamalkan kaedah psikologi dalam mendidik anak tunggal berusia 4 tahun. Catatan ini bertujuan untuk merekodkan tindakan yang saya lakukan untuk rujukan masa hadapan saya, anak-anak atau sesiapa sahaja yang sudi membaca perkongsian ini. Antara yang saya amalkan :

1) Apabila anak melakukan suatu kesalahan/misbehave.
Contoh situasi : memijak kopiah. Saya turunkan posisi badan saya selaras dengan ketinggiannya. Jika dia duduk, saya akan duduk juga. Saya akan renung tepat ke matanya dan bertanya 
Saya : Kopiah letak kat kaki ke kepala?
Anak : Kaki!
Saya : (dengan suara sedikit tinggi dr pertama) Kopiah letak kat kaki ke kepala?
Anak : Kaki!
Saya : (nada lebih tinggi dari kedua dan ulang semula soalan dengan suara yang firm) Kopiah letak kat kaki ke kepala?
Anak : Kepala....
Saya : Sayang baik kan?Al mukmin anak mummy ni. sekarang letak kopiah di kepala. nak letak di kaki lagi?
Anak : Tak
Saya : Baik ke tak baik letak di kaki?
Anak : Tak baik
Saya : Kalau tak baik kawan dengan siapa?
Anak : Syaitan
Saya : (dahi anak saya kucup dan ulang2 sebut) Anak mummy baik
 Jika dahulu kami sering mengeluarkan ayat perintah/ayat larangan seperti "Umar!jangan letak kat kaki!" tetapi sejak diamalkan kaedah ini, Umar nampak lebih faham dan behave.

2) Anak bersiap sambil lewa untuk ke sekolah
Katakan anak nak mandi sendiri tetapi dia buat sambil lewa sedangkan kita kesuntukan masa. Saya jadikan bathing moment sesuatu yang menyeronokkan. Contohnya pagi tadi anak meragam, nak mandi sendiri tapi semuanya dibuat main-main. Saya angkat satu-satu anggota badan sambil rhythmise setiap arahan : "Angkat tangan kanan, gosok gosok gosok". Bila nak bilas "bilas tangan kanan, wash wash wash". Rhythm ikut suka hati kerana tiada siapa yang dengar walau suara kita sumbang. Hanya kita dan anak sahaja. 

3) Memberi arahan/nasihat kepada anak
Menurut tips yang saya dapat dari website askdrsears.com, saya amalkan level down badan kita ikut ketinggian anak dan pandang tepat ke matanya . Biar mata ibu dan mata anak sama level. Saya akan pegang kedua-dua bahu anak dan mula memberi nasihat dengan ayat yang ringkas dan straightforward

4) Waktu sebelum tidur adalah waktu paling indah untuk bonding antara anak dan ibu. Waktu ini saya akan berbaring sebelah anak, bacakan sirah Nabi, bacakan doa tidur dan beberapa surah pendek. Saya akan recall apa yang dilakukan sepanjang hari terutama di sekolah dan saya dapati pada waktu ini anak sangat tenang dan macam-macam diceritakan macam mengadu pula. Kita rationalize apa-apa yang ketidakwajaran dalam ceritanya dan minta dia berjanji untuk jadi lebih baik.
(Nota : adakalanya saya tewas kerana tidur dahulu daripada anak. Tetapi saya yakin suami saya boleh mengambil alih tugas ini) 

Begitulah...adakala kita digugat juga keimanan dan kesabaran. Adakala kita sabar dalam menghadapi cabaran mendidik anak-anak. Apapun, ibu bapa perlu jaga diri sendiri dahulu, jaga emosi dan fizikal agar kekal sihat. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita dalam mendidik anak-anak..Aminnnn

 Semoga Allah menerima catatan saya ini sebagai ilmu berguna...Aminnn