Wednesday, February 10, 2010

Biskut Bayi : Halal atau Tidak?

Baru2 ni biskut kegemaran umar telah run out of stock. Awal2 pagi sebelum pergi kerja mak dh pesan supaya belikan biskut umar. Jadinya semalam, alang2 sy akan berjumpa kawan aka agent insurance saya, sy ke carrefour utk restock biskut umar.

Entah mengapa semalam saya mendapat 'hidayah' untuk check cop halal pada kotak biskut. To my surprise, this is my finding :

1) biskut MILNA : ada cop halal tetapi cop halal yang general tidak menyatakan badan islam mana-mana negara

2) HEINZ : juga sama seperti di atas. Yang mengejutkan ialah sebelum ni saya beli jenama heinz juga tetapi pada cop halal ada tertera majlis agama dari indonesia.ok lah...ms tuh sy a bit convinced compared to MILNA yang memang meragukan.

Akhirnya saya terus walked out tanpa membeli apa2. Balik rumah sy maklumkan mak berkenaan perkara ini. Ya..saya memang particular bab2 halal haram yang masuk dalam badan ahli keluarga saya. Mungkin yang lepas, dalam badan saya terkandung sumber yang syubhah dan sebagainya yang saya tak sedari (moga2 Allah ampunkan saya..Amin). Tetapi sekarang apabila saya dikurniai anak, saya tekad untuk memastikan yang masuk ke dalam badannya adalah yang halal sahaja. Kerana saya mahu anak sy menjadi pemimpin yang syumul satu hari nanti, yg punya jatidiri yang jitu dan saya percaya ia harus juga bermula dari pemakanan yang baik sejak lahir.

Untuk pengetahuan juga, dalam wallet saya sentiasa tersedia pig fat code yang sy dpt di internet untuk panduan membeli makanan. 

Puas saya memikirkan apa alternatif untuk biskut umar sebab setahu sy dua jenama tu saja lah yang ada di grocer's rack.Tiba2 timbul idea untuk buat sendiri biskut untuk umar.

Jadinya hr nih saya godek2 resepi biskut baby di internet dan ini yg sy jumpa :

http://www.wholesomebabyfood.com/

secara detail lagi, untuk resepi biskut baby di web yg sama, link nya spt di bawah :

http://www.wholesomebabyfood.com/teethingbiscuits.htm

Huh!sungguh tak sabar nak cuba resepi baru!Mudah, berkhasiat, HALAL dan yang penting dibuat out of mother's love!Thank You Allah for paving me the way!

Friday, January 29, 2010

Inaugural Entry

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Semalam saya mengikut mak dan ayah ke surau Presint 11 memandangkan hari tersebut dijadualkan ada kuliah maghrib. Setelah memaklumkan mr hubby, sy membawa bersama si buntat dengan niat untuk expose beliau dengan ilmu agama. Dalam hati terselit juga rs bimbang andaikata si buntat meragam dan mengamuk yang boleh mengganggu konsentrasi jemaah beribadah.

Tapi..

Keadaan sebaliknya berlaku. Buntat tidak meragam jauh lagi mengamuk. Cuma ada merengek nak menyusu. Akan tetapi out of my expextation kehadiran buntat telah menarik minat budak2 perempuan di situ untuk bermain dgnnya hingga menyebabkan mereka meninggalkan solat!

Mungkin ada hikmahnya kuliah maghrib dibatalkan sebaliknya digantikan dengan tahlil. Tapi sepanjang berada di surau, sy langsung tak boleh concentrate. Budak2 tuh ada juga minta jaga buntat. Tapi being a possessive and protective mom, sy keberatan untuk benarkan.

Saya rasa bersalah..

Satu, bersalah disebabkan saya, budak2 yang telah sampai umur wajib dirotan meninggalkan solat.

Dua, bersalah pada diri sendiri kerana langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada aktiviti keagamaan di surau and so defeat the purpose of going to surau..:(

Serik?

Tak..sebaliknya sy akan memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua!InsyaAllah