Wednesday, June 23, 2010

Ayah

Sempena hari bapa yang baru lepas, entry ini ditujukan khas untuk Ayah saya yang tercinta.

Ayah dilahirkan kira-kira 60 tahun yang lalu dalam sebuah keluarga yang miskin. Ayah selalu compare diri dia dgn Mak yang agak senang dgn berkata "Mak kau pegi sekolah naik kereta, ayah pegi sekolah jalan kaki yo. Jalan la dgn bawak bekal 10 sen je dalam tangan, dengan kasut kuyak.Itu pun kalau ada duit belanja atuk kau bagi. Kalau tak takdo la nak makan masa rehat'

Katanya lagi arwah Wan dan Atuk tak cukup duit nak belikan buku anak-anak.Jadi kalau nak baca buku, Ayah akan pergi perpustakaan. Ayah kata bukan dia tak cerdik, tapi kemiskinan keluarga menghalang dia pergi jauh. Saya jawab dalam hati ' takpe yah. Allah dah balas. Alhamdulillah anak-anak ayah score dalam pelajaran'

Masa kami kecik2 kami belum rasa lagi susah senang Ayah cari nafkah. Tapi kami tau sungguhpun makan minum pakai kami ala kadar sahaja, Ayah tetap hulur pada Wan dan Atuk di kampung (Atuk meninggal pada tahun 1992, Wan pulak tahun 2004). Saya fikir Ayah cukup berhati-hati soal perbelanjaan, masa tuh kalau Ayah bawa kami sekeluarga makan di luar, we were really feast it out!Habis best la bak kata orang.

Tahun 1991 dan 1992, saya fikir Ayah mula rasa beban. Kakak dan saya diterima masuk ke SBP yang memang terkenal dengan prestij dan kecemerlangannya. Ibu bapa mana yang tak bangga bila dua orang anaknya dapat bersekolah di antara sekolah terbaik tanahair.Walaubagaimanapun, there's a price to pay. Yuran yang agak mahal ditambah dengan petty pay outs yang perlu dibayar every now and then, membuatkan saya dan kakak merasakan beban yang Ayah tanggung. Sehingggakan pada satu masa semasa saya di tingkatan 2, kami menangis2 menyuarakan hasrat untuk keluar dari sekolah melihatkan kepada beban yang ditanggung oleh Ayah. Tapi Ayah berkeras, kata Ayah "Pasal duit tak usah la risau. Pandai-pandai lah Ayah mencarinya. Korang berdua sekolah je lah kat sini. Bukan senang nak dapat sekolah kat sini". Selepas itu kami tidak bersuara lagi akan hal ini sehinggalah tamat SPM dan memperolehi keputusan yang baik.

Semasa saya di tingkatan 3, pada usianya 44 tahun akhirnya Ayah membeli rumah setelah puas menyewa sekian lama. Untuk itu Ayah berkorban sekali lagi. Kereta Honda Accord yang luas dan selesa ditukar dengan kereta Mitsubishi Gallant buatan 70an yang agak rundown. Takde radio, lubang sini-sana yang telah ditampal, tiada side mirror tapi kereta itulah yang diparkir side by side dgn Merc, BMW semasa Mak dan Ayah datang melawat kami di sekolah berprestij itu.Kereta itulah yang banyak berjasa menjemput dan menghantar kami dari dan ke asrama pada hujung minggu selama 6 tahun.

Menginjak ke zaman universiti, saya ingat lagi saya menyuarakan hasrat untuk meminjam kereta kedua Ayah (Iswara Aeroback). Ayah dengan rela hati membenarkan walaupun ditanya 'takpe ke yah?' oleh saya dan Ayah menjawab 'takpe, untuk anak Ayah'. Kereta itu mengalami kecederaan di tangan saya apabila saya melanggar tembok dan bumper depan remuk teruk. Hanya setelah kereta dibaiki dengan duit PTPTN, barulah saya berani menyatakan hal sebenar kepada saya.Ayah tak marah, cuma senyum sahaja (mungkin juga sbb duit dia tak kuar sesen pun kut?)

Apabila memasuki zaman kerja, Ayah beria-ria menyuruh saya mengisi borang permohonan jawatan pegawai Risda.Memikirkan kerja gomen lebih terjamin saya tak teragak2 menghantar permohonan. Ayah juga yang menemani saya temuduga dan insan paling gembira apabila saya mendapat tawaran kerja sebagai pegawai tadbir di Risda. Kemudian bermulalah episod luahan hati Ayah selama ni, apa yang terbuku di hatinya selama bekerja. Ayah senang bercerita dgn sy tentang hal kerja kerana kami satu organisasi. Ayah faham saya dan saya faham Ayah.

Apabila saya berhasrat untuk bertukar kerja, Ayah sokong. Ayah dan Mak juga yang menghantar saya menghadiri temuduga di SPA untuk jawatan Pegawai Undang-Undang.Bukan saya tak boleh pergi sendiri, tetapi sebagai menyatakan sokongan ibu bapa untuk anak yang dikasihi.

Kini saya telahpun berkeluarga sendiri. Ayah dan Mak tinggal bersama saya kerana mereka sememangnya berhasrat untuk menjaga anak saya (aka cucu mereka). Ayah yang pada mulanya ingin pulang ke kampung dan mengerjakan kebun getah selepas bersara bertukar fikiran untuk jaga cucu setelah dipujuk oleh Mak. Akhirnya Ayah menjadi atuk yang paling disukai oleh Umar, kerana Ayah lah yang melayannya bermain, beri susu, tidurkan dan bawa pergi jalan-jalan. Pagi-pagi, kalau bukan saya Umar hanya  mahu disuapkan sarapan oleh Atuknya sahaja walaupun Papanya sendiri offer. Saya  fikir andai suatu hari Umar tidak lagi dijaga oleh Mak dan Ayah, Ayah lah yang paling tak boleh lena malam teringatkan Umar.

Walauapapun terjadi, Ayahlah lelaki yang paling saya sayangi di dunia (selain suami yang wajib saya taati). Malam ini InsyaAllah saya ingin menunaikan hasrat Ayah yang teringin makan sate sebagai tanda kasihnya saya padanya...Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak aku masih kecil..AMin

No comments:

Post a Comment