Wednesday, April 20, 2011

Online shopping



Saya suka shopping online. Sebab tak perlu keluar susah2 cari parking, tiket parking lagi, badan tak penat, tak kena contact dengan orang lain dan bermacam-macam lagi. Kegilaan saya bershopping online bermula sejak saya habis pantang dan tinggal lagi sebulan untuk kembali bekerja selepas cuti bersalin. Masa tu saya terfikir untuk membeli baby carrier untuk Umar supaya senang dibawa berjalan.

Sebenarnya the appeal bak kata orang putih bermula sejak saya dalam pantang. Saya teringin membeli breast pump yang baru sebab breast pump manual yang saya miliki pada masa itu sangatlah tidak membantu. Saya mula menghadap komputer dan tertarik dengan satu breastpump jenama Medela. Sebaik sahaja habis 44 hari, saya ke KL bermalam sehari dua di rumah kakak untuk satu urusan lain. Saya ambil kesempatan untuk pergi ke satu kedai di Jalan Kuchai Lama membeli breastpump dan lain-lain barang keperluan. Saya pun bertanya tentang perkhidmatan online shopping yang ditawarkan kedai tersebut.

Saya pun apalagi balik ke rumah kakak setelah berfikir 100 kali agaknya, membuat tempahan baby carrier secara online. Malam tu saya langsung tak boleh tidur memikirkan 'adakah barang akan sampai esok?''macam mana kalau owner tu tipu''kalau tak jumpa cari alamat macam mana ye' dan 1001 macam 'kalau' (perkataan favourite syaitan nih) bermain di fikiran.

Dan esoknya..bila barang sampai..fuhhhhhhhh!!legaaa!!!Dan sangat puas hati

Maka bermulalah hobi baru sebagai online shopper. Rasa thrilled bila barang sampai di tangan adalah sangat sukar diungkapkan!

Daripada permerhatian saya yang telah mengalami pengalaman bershopping dengan pelbagai online shop, ada yang bagus dan ada yang tak bagus. Tetapi sebagai pelanggan online, berikut adalah expectation saya terhadap perkhidmatan online (yang mana harus diambil berat oleh semua online shop owner) :

1) Cart system
Saya suka kedai yang ada shopping cart system. Pelanggan akan diberi Order ID dan owner akan inform melalui email sekiranya item masih ada atau tidak untuk mengelakkan pelanggan membuat bayaran sedangkan itemnya tiada dalam stok. Pelanggan akan dimaklum status order dari semasa ke semasa termasuk juga trancking number secara automatik. Ini bermakna pelanggan tak perlu request tracking number melalui sms atau emel dari owner (sangat customer friendly!).Pemenang untuk system ini ialah www.mybbstore.com. Sangat sistematik dan ada auto responder.

2) Penghantaran yang cepat
Kebiasaan kedai yang saya kunjungi menetapkan cut off time. Jika bayaran dibuat sebelum 12.00 tghr, item akan dihantar petang itu dan InsyaAllah sampai keesokan hari. Jika selepas jam 12.00 tghr, item akan dihantar keesokan hari dan pelanggan akan menerima item sehari selepas dihantar. Tetapi ada juga kedai yang sangat effisien yang mana bayaran dibuat selepas pukul 2.00 petang tetapi item diterima dalam masa 24 jam selepas itu walaupun kedai itu nun jauh di Kangar dan saya di Putrajaya. Pemenang kategori ini ialah www.tshirtlabuhmuslimah.com

3) Owner yang sentiasa update stok, status order, dan melayan setiap sms dan emel hampir setiap masa
Ya, komunikasi dengan pelanggan adalah penting bagi semua peniaga di internet. Lebih bagus kalau customer dijadikan kawan walaupun tidak pernah bersua muka. Bagi kategori ini pemenangnya ialah kak ann dari www.annbatik.com

4) Salingpercaya
Customer mesti percayakan owner dan sebaliknya. Saya pernah membeli abaya tetapi owner tersilap hantar kod yang lain. Saya communicate dengan owner dan setuju saya pulangkan abaya dan saya dijanjikan abaya yang lain. Belum sempat saya pos semula abaya yang silap, owner dah siap2 hantar abaya gantian beserta duit RM5 untuk kos penghantaran semula. Andaikan tiba2 saya tak nak pulangkan abaya?Nauzubillah. Untuk ini, penghargaan yang sangat tinggi saya berikan kepada www.maratussolehah.com atas kepercayaan tersebut.

5) Sentiasa update stock availability dari semasa ke semasa
Cara ini customer tak perlu susah2 emel atau sms untuk tahu availability. Kadang-kadang yang kami pelanggan kurang suka ialah apabila emel atau sms lambat dijawab. Elok-elok nak beli terus tak jadi nak beli. Kan rugi tuh wahai peniaga sekelian? Saya pernah melalui pengalaman apabila terpaksa menunggu selama hampir sebulan untuk satu-satu item sedangkan bayaran telah dibuat. Bila terima emel maklumkan stok tidak ada, saya beri cadangan supaya kedai tu improvise sistem mereka. Namun tiada sebarang respon. Sejak itu saya akan semak stock availability terlebih dahulu sebelum membuat tempahan dan bayaran.

6) Maklumkan secara terperinci terma-terma pembayaran dan penghantaran
Kami sebagai pelanggan berhak tahu courier service yang digunakan oleh owner sebab ada courier yang service nya cepat, dan ada sebaliknya. Lebih bagus kalau pelanggan diberi pelbagai pilihan courier. Saya jenis tak kisah untuk bayar lebih jika memang courier service mempunyai reputasi dan service yang sangat bagus.

Dalam banyak keadaan owner akan buat penghantaran sebaik sahaja bayaran diterima. Tetapi ada juga yang menunggu sehingga hari yang tertentu untuk dibuat penghantaran. Ini amalan biasa terutamanya bagi part time online seller@owner bekerja sepenuh masa di pejabat dari pagi hingga petang dan kedai online hanya beroperasi di luar waktu pejabat, Sabtu dan Ahad. Bagi keadaan sedemikian, owner mesti maklumkan pada pelanggan hari-hari tertentu untuk penghantaran. Cara ini pelanggan tidaklah tertunggu2 bila parcel akan sampai (ye, sebab saya adalah online customer jenis ini...setiap jam dok menunggu bila parcel nak sampai)

7) Perincian maklumat bagi SETIAP ITEM
Ini terpakai untuk peniaga-peniaga baju secara online terutamanya. Daripada pengalaman saya ada sesetengah manufacturer tidak membuat saiz yang seragam untuk semua baju. Ada yang diletak saiz L, tetapi kecil. Ada yang letak saiz S tetapi besar dan longgar. Oleh yang demikian saya berpendapat lebih baik owner ukur setiap item dan letakkan maklumat yang terperinci bagi setiap kod item. Kedengaran leceh tetapi hakikat yang terpaksa diterima apabila berniaga online. Ini disebabkan perniagaan online dilakukan atas dasar kepercayaan PELANGGAN kerana hanya owner sahaja yang mempunyai pengetahuan akan setiap item sama ada terdapat kecacatan atau sebaliknya kerana item secara fizikalnya berada di tangan owner pada waktu berakad.

Wahhh, nampaknya bukan senang nak tambat hati pelanggan ye?Atau saya yang terlalu cerewet?Dalam banyak kedai, yang saya paling berpuas hati ialah www.mybbstore.com-system yang sangat bagus, penghantaran yang cepat, owner yang sangat friendly dan lemah lembut apabila berdepan dengan pelanggan (terbukti apabila saya menukar barang) walaupun harga agak tinggi sedikit dari satu kedai baby yang saya suka kunjungi. Tapi tak kesahhh lah asalkan saya puas hati dan yang penting..tak sakit hati.

Sekian, selamat membeli-belah!

No comments:

Post a Comment