Wednesday, July 28, 2010

Menjadi Konkrit

Baru-baru ini saya terbaca posting fb Zaharuddin.net yang berbunyi :

" Nabi mengingatkan kita "Janganlah kamu
menjadi ‘pak turut' yang sering berkata : "Jika orang di sekelilingku baik
nescaya akan baiklah aku, namun jika mereka zalim, aku jua menjadi zalim".
Tetapi hendaklah kamu menetapkan jiwa dan pendirianmu sehingga jika manusia baik, kamu
baik bersama mereka, tetapi jika mereka buruk, maka kamu tidak menjadi buruk
dan zalim (seperti mereka). " Wallahua'lam

Posting ini mengingatkan saya akan satu pertanyaan kawan sepejabat saya yang sekaligus meminta pendapat saya. Beliau (wanita, usia 29 tahun dan sudah berkahwin) seorang yang simple, tidak pandai bermekap, dan berpakaian juga ringkas. Tetapi dalam satu kejadian beliau ditegur akan penampilan beliau yang amat ringkas dan orang yang menegur itu menasihatinya supaya 'highlight' sedikit mekap di wajah, tudung, pakaian, kasut sedondon atau sepasang atau dalam ertikata lain apa2 perkara sajalah yang akan meninggikan 'tabarruj' seseorang wanita.

Beliau meluahkan rasa kurang senang atas komen orang lain tersebut. Beliau hakikatnya ingin melakukan perubahan sedikit demi sedikit dalam bab2 menghias diri ini. Saya menyatakan bahawa itu sesuatu yang bagus!Dalam hati kecil saya 'Alhamdulillah'

Saya menasihatinya agar tetapkan iman dan kukuhkan pendirian kerana kita tahu apa yang terbaik untuk kita. Saya memberi contoh diri saya sendiri, di mana kadangkala suami saya bertindak sebagai fashion consultant. Kalimah2 seperti 'yang, labuhkan siket tudung tu' atau ' jarang la yang, takde baju lain?' seringkali terbit dari mata hati suami yang saya sayangi. Selain itu kesedaran dalam diri sendiri juga timbul hasil dari pengajian ataupun bacaan. Alhamdulillah sehingga kini saya masih dapat mengawal diri dari berhias berlebih-lebihan.

Tambahan pula saya sedar setiap apa perbuatan saya akan reflect terhadap suami juga. Saya sama sekali tak mahu perbuatan buruk/dosa saya terbeban atas bahu suami. Saya tak mahu laluan suami saya ke syurga tersekat oleh kerana dosa-dosa saya sebagai isterinya. Biarlah dia menuju ke syurga dan bertemu dengan bidadari yang dijanjikan Allah.

Seperkara lagi nasihat yang saya berikan kepada kawan saya tadi, jika sekiranya kita rasakan kita tak dapat mengawal diri atau menetapkan pendirian setiapkali ditebak dengan komen2 sedemikian, jauhkan diri dari orang itu. Sedarlah orang itu tidak lain dan tidak bukan mengajak kamu kepada kemungkaran. Carilah sahabat yang sealiran dan sefahaman dengan kita agar hati kita tenang. Melainkan niat kita mendekati manusia sedemikian untuk mengajak ke jalan yang benar, teruskanlah keberadaan  kamu di sampingnya.

Sekian, saya berharap agar saya dan kawan saya diberikanNya petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar. Amin

Wednesday, July 14, 2010


Ketika saya menghadiri pemeriksaan rutin ibu mengandung pada tahun 2008/2009, saya tertarik dengan satu lukisan tangan yang ditampal di notice board klinik. Lukisan itu menggambarkan beberapa orang bayi sedang menyusui seekor lembu tenusu di tengah padang ragut. Di bawah lukisan itu ditulis serangkap pantun yang antara maksudnya berbunyi :

"Alangkah malangnya anak manusia

Disusui dengan susu lembu"

(Sebenarnya pantuan ini ialah 4 rangkap tapi yang selebihnya saya terlupa)

Ya, saya admit sedikit sebanyak lukisan itu mendorong saya untuk menyusui anak saya sehingga kini (16 bulan..Alhamdulillah). Akan tetapi saya berpendapat lukisan sedemikian adalah keterlaluan. Kenapa saya kata keterlaluan? Ia seolah-olah menggambarkan rendahnya taraf seorang MANUSIA hingga letak duduknya di bawah seekor lembu! SEolah-olah manusia bergantung kepada binatang untuk terus hidup.

Selain daripada itu, ia seolah-olah satu penghinaan kepada ibu-ibu yang tidak menyusui anak mereka, sebaliknya memberi minum susu tin. Daripada pengalaman, saya dapati semua ibu hendak yang terbaik untuk anak-anak. Kebanyakan yang saya kenal melahirkan kekecewaan kerana tidak dapat menyusui anak sepenuhnya (cuma ada seorang ibu yang betul2 berazam untuk tidak menyusukan anaknya!kalau boleh beliau hendak susu cepat2 kering katanya!). Satu perkara yang saya dapat simpulkan daripada perbualan dengan ibu-ibu ini ialah KURANGNYA PENGETAHUAN BERKAITAN PENYUSUAN BADAN.

Seandainya saya diberi kesempatan dan setelah diri dibekalkan dengan ilmu secukupnya, ingin sekali saya turun padang dan memberi sedikit ilmu dan berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan saya terutama di pejabat. Saya simpati dengan mereka dan sentiasa berdoa untuk anak-anak mereka yang akan datang, mereka dapat menyusukan anak sepenuhnya tanpa perlu lagi bergantung kepada FM..Aminn

Tuesday, July 13, 2010

The best gift ever

If i were asked : What is the best gift u ever received from husband?

My reply is simply this : His acquiescence to lead a special prayer requesting protection from Allah for me after an incidence..:)

I love you hubby

Thursday, July 1, 2010

Where is it?

An item, no matter how tiny it is, if it bears a sentimental value, it is PRICELESS!

You had been with me since 14 years ago

Serving me without grunts and grumbles

Though tiny you might be

You never been out of my sight

You were always there when necessary

I remember the day I took you

At a place of which the name is now doomed

The very first time I saw you

I straight away fell for you

Distinguished was the perfect word for you

Nothing could be the same as you

Then came the fateful day

Dear hubby was looking for you

Looking at your crib you were not there

Anxious we might be

Crazy we went

Every nook and cranny we treasured

But to no avail

Though yesterday I brought home one

Nothing could ever replace you

In my heart...

Now anybody saw my NAIL CLIPPER?

Monday, June 28, 2010

Pantang Larang Tok Nenek - Part 2

Sambungan

7) Kalau ada kupu2/rama2 putih masuk rumah, tu tanda ada orang nak masuk meminang

Haha!Yang nih karut-marut yang suka2 saya nak percaya. Dulu2 sebelum kawen dan time tengah gatal nak bercinta suka-suka je kalau haiwan tersebut masuk dalam rumah. Mula la berangan tetiba ada orang datang masuk meminang *blush*. Tunggu punya tunggu takde la pulak orang masuk meminang. Dan saya perasan takde la pulak haiwan tersebut masuk dalam rumah sehari sebelum rombongan husband masuk meminang..again..BUSTED!

8) Kalau mimpi ular, maknanya tak lama lagi nak kawen

Ini adik-beradik dengan yang di atas. Persamaan dengan yang di atas ialah ianya dikaitkan dengan haiwan (pun saya tak paham). Seingat saya sejak saya berumur 4 tahun lagi saya telah bermimpi ular..siap jatuh katil lagi. Masa bujang pun byk kali mimpi ular tapi tak pulak esoknya atau minggu depannya atau bulan depannya saya kawen

9) Orang mengandung tak boleh tengok haiwan

Pertama kali saya dengar mitos nih bila salah seorang ofismate saya melarang saya pergi ke zoo. Masa tuh saya tgh sarat mengandung 8 bulan. Suami saya memang gemarkan haiwan, suka pergi zoo, animal park, suka tgk channel animal planet. Ofismate saya kata tak elok orang mengandung tengok haiwan. Kemudian salah seorang ofismate sy yang sama-sama mengandung pada masa tu menceritakan ibunya sampai melarang dia tgk animal planet. Balik rumah saya sungguh tak puashati dgn stetmen2 tersebut. Habes tuh makan ikan, ayam sume tak boleh la?Kan tuh sume haiwan?Tgk burung terbang pun tak boleh?Semut merayap atas meja makan pun tak boleh tengok?Mengarut kan?

Tapi akhirnya saya akur..tak jadi ke zoo. Tapi bukan sebab mitos nih, sebab saya tak larat, dah sarat. Takut kut2 nanti anak saya saya dapat tiket masuk zoo free seumur hidup sebab lahir dalam zoo.

Yang sebenarnya kita semua dilarang menganiaya haiwan, bukan setakat ibu mengandung sahaja. Ibu2 mengandung pula hendaklah menjauhkan diri daripada haiwan yang boleh mendatangkan penyakit terutamanya penghidap asma sebab sistem imun ibu mengandung adalah lemah. Berkenaan dengan mitos 'kenan', yang itu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Yang pasti, Allah ingin memperlihatkan kekuasaan dan kebesaranNya.


10) Tak boleh gambar bertiga, tak elok

Versi yang lagi horror 'nti yang kt tgh gamba mati dulu'...Astaghfirullahalaziiim..siapa kita yang menentukan bila tarikh mati kita?sapa yang mati dulu? Again, ini berbalik kepada soal akidah. Apa yang tak eloknya gamba bertiga saya sungguh tak pasti. Kalau begitu sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu, seorang bapa yang mempunyai seorang sahaja anak selama2nya tak boleh bergamba sekeluarga lah?Kasihaannnnnn...


Setakat ini itu sahaja yang termampu saya fikirkan buat masa ini. Itu belum lagi pantang-larang ibu bersalin. Yang itu mungkin saya akan highlight kan dalam entry yang lain dan mungkin boleh saya relate kan dengan topik kesukaan saya : breastfeeding..InsyaAllah

Pantang Larang Tok Nenek - Part 1

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan pantang-larang. Pantang larang yang kebanyakannya bersifat menegah itu kadang kala ada maksud tersirat di sebaliknya.

Saya bukanlah seorang yang superstitious. Malah saya menentang pantang-larang karut-marut tersebut. Dilahirkan kepada seorang ibu yang berfikiran moden yang menentang kepercayaan karut, saya bertuah kerana seringkali Mak counter balik apa yang orang tua-tua tegah.

Berikut adalah pantang-larang yang pernah saya temui sama ada dari nenek dan mak cik sebelah Ayah, kawan2 atau sesiapa sahaja yang mempunyai mulut untuk berkata :

1) Jangan galak sangat minum air kelapa nanti mata buta

Peristiwa ini terjadi semasa saya di sekolah rendah. Masa tu cuti sekolah dan seperti biasa saya dan kakak menghabiskan cuti di Kuala Pilah iaitu kampung sebelah Ayah. Di kampung menjadi habit saya dan kakak minum air kelapa. Maklumla di rumah sendiri takde. Jadinya yang jadi mangsa kait buah kelapa ialah pak cik saya yang dipanggil Pok Do. Dek kerana hari2 kami minta Pok Do kait satu hari arwah Wan bersuara 'tak usah hari2 minam air nyior, sok mato ko butooo!'

Kami terdiam dan terus terbantut kegemaran terhadap air kelapa. Bila balik rumah Mak kata yang sebenarnya Pok Do tuh dah malas nak layan korang, tu yang Wan cakap macam tu

2) Jangan potong kuku malam2, nanti mati cepat

Bak versi arwah Wan 'sok mati dorehh'. Nih berpunca dari saya minta ketip kuku malam2. Seperti biasa Mak came to the rescue. Mak kata dulu2 orang pakai pelita minyak tanah je, so bila malam kadang2 angin bertiup melintuk2 la api pelita tu.Dulu2 orang takde ketip kuku, pakai pisau je. Jadi bayangkan dalam keadaan suram, api pelita meliuk2, pisau diguna potong kuku..tak ke berisiko melukakan tangan?Tapi saya masih tak faham kenapa sampai boleh bawa mati. Cuba bayangkan saya jadi majistret buat inquest COD : mati sebab potong kuku malam2..tak boleh bayangkan

3) Budak-budak tak boleh makan ikan, nanti cacing

Mak kata sebenarnya orang tua-tua yang nak makan ikan tuh. Dihalangnya budak2 makan ikan.Ish kesian...tak dapat khasiat omega-3

4) Kalau sakit gigi, jangan menumbuk lesung atau mencangkul

Mitos nih saya dapat bila satu hari saya balik kampung. Sehari sebelumnya saya pergi cabut gigi sehingga sebelah pipi bengkak dibuatnya. Hari itu sy mahu makan apa sy pun dah tak ingat tapi saya perlu menumbuk lesung. Kebetulan mak teh masa tuh ada tetamu, so saya senyap2 tumbuk bawang kat dapur. Hehe!Takde pulak gigi saya makin sakit selepas tu..BUSTED!

5) Kalau hari cerah hujan panas, ada orang mati

Laaaa....memang la bukan masa hari hujan panas je. Hari2 ada orang mati kat dunia nih. Bukan setakat setiap hari, setiap minit malah mungkin setiap saat!

6) Alat mandi jenazah ada penunggu

Seram kan bunyinya?Tapi bulu roma anda tegak tak bila cerita betapa dahsyatnya neraka?Kalau tak, takde sebab untuk anda rasa seram dengan mitos ni. Mitos nih saya dengar di kematian arwah wan tuo (kakak arwah wan). Masa tuh saya terdengar ada sorang orang tua menyuruh diletak batang pisang yang diguna sbg platform mandi jenazah di satu sudut tersorok. Katanya 'poei lotak an sanun..ado penunggu'. Reaksi saya 'apekahh????' Bila balik citer dengan Mak, beliau hanya tergelak..macam2. Kenapa masyarakat kita gemar sangat mengassociate mayat dengan hantu/seram?Satu hari kita semua akan menjadi mayat. Kalau la saya mati sok dan saya boleh dengar kata2 sedemikian, mesti rasa cam nak bangun balik dan sergah 'apo penunggu2?nih haaa...penunggu bangun balik'

Apa lagi karut-marut yang saya pnah dengar?To be continued

Wednesday, June 23, 2010

Ayah

Sempena hari bapa yang baru lepas, entry ini ditujukan khas untuk Ayah saya yang tercinta.

Ayah dilahirkan kira-kira 60 tahun yang lalu dalam sebuah keluarga yang miskin. Ayah selalu compare diri dia dgn Mak yang agak senang dgn berkata "Mak kau pegi sekolah naik kereta, ayah pegi sekolah jalan kaki yo. Jalan la dgn bawak bekal 10 sen je dalam tangan, dengan kasut kuyak.Itu pun kalau ada duit belanja atuk kau bagi. Kalau tak takdo la nak makan masa rehat'

Katanya lagi arwah Wan dan Atuk tak cukup duit nak belikan buku anak-anak.Jadi kalau nak baca buku, Ayah akan pergi perpustakaan. Ayah kata bukan dia tak cerdik, tapi kemiskinan keluarga menghalang dia pergi jauh. Saya jawab dalam hati ' takpe yah. Allah dah balas. Alhamdulillah anak-anak ayah score dalam pelajaran'

Masa kami kecik2 kami belum rasa lagi susah senang Ayah cari nafkah. Tapi kami tau sungguhpun makan minum pakai kami ala kadar sahaja, Ayah tetap hulur pada Wan dan Atuk di kampung (Atuk meninggal pada tahun 1992, Wan pulak tahun 2004). Saya fikir Ayah cukup berhati-hati soal perbelanjaan, masa tuh kalau Ayah bawa kami sekeluarga makan di luar, we were really feast it out!Habis best la bak kata orang.

Tahun 1991 dan 1992, saya fikir Ayah mula rasa beban. Kakak dan saya diterima masuk ke SBP yang memang terkenal dengan prestij dan kecemerlangannya. Ibu bapa mana yang tak bangga bila dua orang anaknya dapat bersekolah di antara sekolah terbaik tanahair.Walaubagaimanapun, there's a price to pay. Yuran yang agak mahal ditambah dengan petty pay outs yang perlu dibayar every now and then, membuatkan saya dan kakak merasakan beban yang Ayah tanggung. Sehingggakan pada satu masa semasa saya di tingkatan 2, kami menangis2 menyuarakan hasrat untuk keluar dari sekolah melihatkan kepada beban yang ditanggung oleh Ayah. Tapi Ayah berkeras, kata Ayah "Pasal duit tak usah la risau. Pandai-pandai lah Ayah mencarinya. Korang berdua sekolah je lah kat sini. Bukan senang nak dapat sekolah kat sini". Selepas itu kami tidak bersuara lagi akan hal ini sehinggalah tamat SPM dan memperolehi keputusan yang baik.

Semasa saya di tingkatan 3, pada usianya 44 tahun akhirnya Ayah membeli rumah setelah puas menyewa sekian lama. Untuk itu Ayah berkorban sekali lagi. Kereta Honda Accord yang luas dan selesa ditukar dengan kereta Mitsubishi Gallant buatan 70an yang agak rundown. Takde radio, lubang sini-sana yang telah ditampal, tiada side mirror tapi kereta itulah yang diparkir side by side dgn Merc, BMW semasa Mak dan Ayah datang melawat kami di sekolah berprestij itu.Kereta itulah yang banyak berjasa menjemput dan menghantar kami dari dan ke asrama pada hujung minggu selama 6 tahun.

Menginjak ke zaman universiti, saya ingat lagi saya menyuarakan hasrat untuk meminjam kereta kedua Ayah (Iswara Aeroback). Ayah dengan rela hati membenarkan walaupun ditanya 'takpe ke yah?' oleh saya dan Ayah menjawab 'takpe, untuk anak Ayah'. Kereta itu mengalami kecederaan di tangan saya apabila saya melanggar tembok dan bumper depan remuk teruk. Hanya setelah kereta dibaiki dengan duit PTPTN, barulah saya berani menyatakan hal sebenar kepada saya.Ayah tak marah, cuma senyum sahaja (mungkin juga sbb duit dia tak kuar sesen pun kut?)

Apabila memasuki zaman kerja, Ayah beria-ria menyuruh saya mengisi borang permohonan jawatan pegawai Risda.Memikirkan kerja gomen lebih terjamin saya tak teragak2 menghantar permohonan. Ayah juga yang menemani saya temuduga dan insan paling gembira apabila saya mendapat tawaran kerja sebagai pegawai tadbir di Risda. Kemudian bermulalah episod luahan hati Ayah selama ni, apa yang terbuku di hatinya selama bekerja. Ayah senang bercerita dgn sy tentang hal kerja kerana kami satu organisasi. Ayah faham saya dan saya faham Ayah.

Apabila saya berhasrat untuk bertukar kerja, Ayah sokong. Ayah dan Mak juga yang menghantar saya menghadiri temuduga di SPA untuk jawatan Pegawai Undang-Undang.Bukan saya tak boleh pergi sendiri, tetapi sebagai menyatakan sokongan ibu bapa untuk anak yang dikasihi.

Kini saya telahpun berkeluarga sendiri. Ayah dan Mak tinggal bersama saya kerana mereka sememangnya berhasrat untuk menjaga anak saya (aka cucu mereka). Ayah yang pada mulanya ingin pulang ke kampung dan mengerjakan kebun getah selepas bersara bertukar fikiran untuk jaga cucu setelah dipujuk oleh Mak. Akhirnya Ayah menjadi atuk yang paling disukai oleh Umar, kerana Ayah lah yang melayannya bermain, beri susu, tidurkan dan bawa pergi jalan-jalan. Pagi-pagi, kalau bukan saya Umar hanya  mahu disuapkan sarapan oleh Atuknya sahaja walaupun Papanya sendiri offer. Saya  fikir andai suatu hari Umar tidak lagi dijaga oleh Mak dan Ayah, Ayah lah yang paling tak boleh lena malam teringatkan Umar.

Walauapapun terjadi, Ayahlah lelaki yang paling saya sayangi di dunia (selain suami yang wajib saya taati). Malam ini InsyaAllah saya ingin menunaikan hasrat Ayah yang teringin makan sate sebagai tanda kasihnya saya padanya...Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak aku masih kecil..AMin