Baru-baru ini saya terbaca posting fb Zaharuddin.net yang berbunyi :
" Nabi mengingatkan kita "Janganlah kamu
menjadi ‘pak turut' yang sering berkata : "Jika orang di sekelilingku baik
nescaya akan baiklah aku, namun jika mereka zalim, aku jua menjadi zalim".
Tetapi hendaklah kamu menetapkan jiwa dan pendirianmu sehingga jika manusia baik, kamu
baik bersama mereka, tetapi jika mereka buruk, maka kamu tidak menjadi buruk
dan zalim (seperti mereka). " Wallahua'lam
Posting ini mengingatkan saya akan satu pertanyaan kawan sepejabat saya yang sekaligus meminta pendapat saya. Beliau (wanita, usia 29 tahun dan sudah berkahwin) seorang yang simple, tidak pandai bermekap, dan berpakaian juga ringkas. Tetapi dalam satu kejadian beliau ditegur akan penampilan beliau yang amat ringkas dan orang yang menegur itu menasihatinya supaya 'highlight' sedikit mekap di wajah, tudung, pakaian, kasut sedondon atau sepasang atau dalam ertikata lain apa2 perkara sajalah yang akan meninggikan 'tabarruj' seseorang wanita.
Beliau meluahkan rasa kurang senang atas komen orang lain tersebut. Beliau hakikatnya ingin melakukan perubahan sedikit demi sedikit dalam bab2 menghias diri ini. Saya menyatakan bahawa itu sesuatu yang bagus!Dalam hati kecil saya 'Alhamdulillah'
Saya menasihatinya agar tetapkan iman dan kukuhkan pendirian kerana kita tahu apa yang terbaik untuk kita. Saya memberi contoh diri saya sendiri, di mana kadangkala suami saya bertindak sebagai fashion consultant. Kalimah2 seperti 'yang, labuhkan siket tudung tu' atau ' jarang la yang, takde baju lain?' seringkali terbit dari mata hati suami yang saya sayangi. Selain itu kesedaran dalam diri sendiri juga timbul hasil dari pengajian ataupun bacaan. Alhamdulillah sehingga kini saya masih dapat mengawal diri dari berhias berlebih-lebihan.
Tambahan pula saya sedar setiap apa perbuatan saya akan reflect terhadap suami juga. Saya sama sekali tak mahu perbuatan buruk/dosa saya terbeban atas bahu suami. Saya tak mahu laluan suami saya ke syurga tersekat oleh kerana dosa-dosa saya sebagai isterinya. Biarlah dia menuju ke syurga dan bertemu dengan bidadari yang dijanjikan Allah.
Seperkara lagi nasihat yang saya berikan kepada kawan saya tadi, jika sekiranya kita rasakan kita tak dapat mengawal diri atau menetapkan pendirian setiapkali ditebak dengan komen2 sedemikian, jauhkan diri dari orang itu. Sedarlah orang itu tidak lain dan tidak bukan mengajak kamu kepada kemungkaran. Carilah sahabat yang sealiran dan sefahaman dengan kita agar hati kita tenang. Melainkan niat kita mendekati manusia sedemikian untuk mengajak ke jalan yang benar, teruskanlah keberadaan kamu di sampingnya.
Sekian, saya berharap agar saya dan kawan saya diberikanNya petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar. Amin