Wednesday, July 14, 2010


Ketika saya menghadiri pemeriksaan rutin ibu mengandung pada tahun 2008/2009, saya tertarik dengan satu lukisan tangan yang ditampal di notice board klinik. Lukisan itu menggambarkan beberapa orang bayi sedang menyusui seekor lembu tenusu di tengah padang ragut. Di bawah lukisan itu ditulis serangkap pantun yang antara maksudnya berbunyi :

"Alangkah malangnya anak manusia

Disusui dengan susu lembu"

(Sebenarnya pantuan ini ialah 4 rangkap tapi yang selebihnya saya terlupa)

Ya, saya admit sedikit sebanyak lukisan itu mendorong saya untuk menyusui anak saya sehingga kini (16 bulan..Alhamdulillah). Akan tetapi saya berpendapat lukisan sedemikian adalah keterlaluan. Kenapa saya kata keterlaluan? Ia seolah-olah menggambarkan rendahnya taraf seorang MANUSIA hingga letak duduknya di bawah seekor lembu! SEolah-olah manusia bergantung kepada binatang untuk terus hidup.

Selain daripada itu, ia seolah-olah satu penghinaan kepada ibu-ibu yang tidak menyusui anak mereka, sebaliknya memberi minum susu tin. Daripada pengalaman, saya dapati semua ibu hendak yang terbaik untuk anak-anak. Kebanyakan yang saya kenal melahirkan kekecewaan kerana tidak dapat menyusui anak sepenuhnya (cuma ada seorang ibu yang betul2 berazam untuk tidak menyusukan anaknya!kalau boleh beliau hendak susu cepat2 kering katanya!). Satu perkara yang saya dapat simpulkan daripada perbualan dengan ibu-ibu ini ialah KURANGNYA PENGETAHUAN BERKAITAN PENYUSUAN BADAN.

Seandainya saya diberi kesempatan dan setelah diri dibekalkan dengan ilmu secukupnya, ingin sekali saya turun padang dan memberi sedikit ilmu dan berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan saya terutama di pejabat. Saya simpati dengan mereka dan sentiasa berdoa untuk anak-anak mereka yang akan datang, mereka dapat menyusukan anak sepenuhnya tanpa perlu lagi bergantung kepada FM..Aminn

No comments:

Post a Comment