Monday, August 16, 2010

Kuih Raya yang bernama Jujur

Semalam saya shopping raya untuk diri sendiri di kompleks PKNS, Bangi. On the way ke tempat parking sesudah membeli saya singgah di satu gerai menjual kerepek dan biskut raya. Gerai tu terletak betul2 di pintu masuk kompleks tuh, bersebelahan dengan KFC.

Entah le saya pun tak tau kenapa saya tiba2 rasa teringin nak makan biskut raya. Walaupun dalam kepala ni memang dah rancang nak buat sendiri selain daripada biskut yang awal2 lagi dah ditempah.

Berbalik kepada gerai tadi. Di gerai tersebut ada macam2 jenis biskut di bawah label yang berlainan. Salah satu label adalah dibuat olehnya usahasama dengan kakaknya sendiri. Satu lagi label adalah dari satu enterprise yang beroperasi di Johor.

Penjual tu menyatakan dia berani jamin yang label dari Johor tu memang sedap. Walaupun selepas itu ada juga dia promo labelnya sendiri tapi berkali2 dia beri jaminan label dari Johor tu terbukti sedap. So saya pun dengan kompidennya beli biskut raya berlabel Johor. Dan memang benar seperti jaminan penjual tu tadi bahawa biskut tu memang sedap!

Saya sangat terharu dengan kejujuran si penjual biskut raya tadi. Sukar rasanya nak cari peniaga yang benar2 jujur macam penjual tadi. Situasi yang biasa peniaga akan promo produk keluarannya sendiri. Saya berdoa semoga Allah melimpahkan rezeki buat si penjual dan kakaknya..Amin

Thursday, August 12, 2010

Mimpi

Pagi tadi selepas solat subuh, mata rasa mengantuk sangat. Jadinya saya pun amik kesempatan melelapkan mata. Masuk kerja pukul 8.00 pagi dan perjalanan ke ofis amik masa lebih kurang 8 minit sahaja.

Tapi...

Yang tak bestnya saya mengalami mimpi buruk. Sangat buruk. Terbawa-bawa sampai sekarang.

Di pejabat saya mencari2 doa apabila bermimpi buruk di internet dan terjumpa yang ini :

http://malaysiaku.com/doa-pendek/doa-bila-mimpi-buruk/

Dikatakan mimpi buruk datang dari syaitan. Dikatakan juga syaitan diikat pada bulan Ramadhan. Tapi kenapa saya mimpi buruk? Syaitan datang mengganggu tidur saya lah kan?

Teringat tazkirah daripada suami. Kata ustaz yang datang mengajar di tempatnya, ada pendapat yang menyatakan hanya Iblis dan 'ketua-ketua divisionnya' yang diikat. Syaitan2 yang bertaraf prebet dan sarjan nih tidak diikat. Ada pendapat yang kata Iblis dan semua syaitan diikat. Ini yang jadi pegangan masyarakat kita terutama golongan kanak-kanak apabila tidak lagi takut keluar malam2 di bulan Ramadhan.

HUrmmmm..musykil. Perlu tanya ustaz lagi ni..

Friday, August 6, 2010

Doa di hari Jumaat

"Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang ibu dan bapa apabila melihat anak kecilnya menunjukkan ciri-ciri hamba yang beriman"

Malam tadi ketika saya sedang bersiap-siap untuk bersolat jemaah Maghrib bersama suami, saya memerhatikan suami memberi arahan solat kepada Umar. Bermula dengan takbiratul ihram kemudian rukuk, sujud dan seterusnya duduk antara dua sujud/tahiyyat, Umar melakukannya dengan sempurna!Subhanallah Ya Allah!

Jari telunjuk comelnya juga siap dijungkit ke atas seperti gerakan ketika tasyahhud. comel!sgt comel!

Rasa nak menitik airmata melihatnya. Betullah kata2 ustaz Hasrizal 'anak selalu gagal mengikut arahan tetapi anak tak pernah gagal meniru'. Usaha kecil kami yang tidak pernah mengasingkan Umar di tempat lain ketika kami bersolat berbaloi. Ditambah pula dengan tunjuk ajar Atok yang merupakan ahli jemaah tetap Surat Al Furqan dan Surau Kg Repas. Di pagi yang mulia ini, Mummy dan Papa memanjatkan doa agar Umar membesar menjadi hamba yang beriman, supaya kelak dapat membasuh noda-noda kekotoran masyarakat yang jahil. Jadilah permata masyarakat ye nak?

Ya Allah,panjangkan lah usia kami berdua dalam keberkatanMu agar kami dapat menyempurnakan tanggungjawab mendidik anak-anak kami ke jalanMu. Andai kami pergi dahulu Ya Allah sebelum mukallafnya anak-anak kami, kami pohon agar letakkan anak kami di bawah tunjuk ajar hamba-hamba yang menyayangiMu Ya Allah.. Amin Ya Rabbal A'lamin