Monday, August 16, 2010

Kuih Raya yang bernama Jujur

Semalam saya shopping raya untuk diri sendiri di kompleks PKNS, Bangi. On the way ke tempat parking sesudah membeli saya singgah di satu gerai menjual kerepek dan biskut raya. Gerai tu terletak betul2 di pintu masuk kompleks tuh, bersebelahan dengan KFC.

Entah le saya pun tak tau kenapa saya tiba2 rasa teringin nak makan biskut raya. Walaupun dalam kepala ni memang dah rancang nak buat sendiri selain daripada biskut yang awal2 lagi dah ditempah.

Berbalik kepada gerai tadi. Di gerai tersebut ada macam2 jenis biskut di bawah label yang berlainan. Salah satu label adalah dibuat olehnya usahasama dengan kakaknya sendiri. Satu lagi label adalah dari satu enterprise yang beroperasi di Johor.

Penjual tu menyatakan dia berani jamin yang label dari Johor tu memang sedap. Walaupun selepas itu ada juga dia promo labelnya sendiri tapi berkali2 dia beri jaminan label dari Johor tu terbukti sedap. So saya pun dengan kompidennya beli biskut raya berlabel Johor. Dan memang benar seperti jaminan penjual tu tadi bahawa biskut tu memang sedap!

Saya sangat terharu dengan kejujuran si penjual biskut raya tadi. Sukar rasanya nak cari peniaga yang benar2 jujur macam penjual tadi. Situasi yang biasa peniaga akan promo produk keluarannya sendiri. Saya berdoa semoga Allah melimpahkan rezeki buat si penjual dan kakaknya..Amin

2 comments:

  1. amin, kak min turut doakan penjual tu. thanks asyida for dropping by kat blog kak min. rajin2 la singgah ye...

    ReplyDelete
  2. sama2 kak min

    saya mmg sentiasa follow perkembangan mawaddah. dah jatuh sayang kat dia kak. entah la..mother's instinct mmg mcm tu kut?

    salam ramadhan buat kak min sekeluarga!

    ReplyDelete