Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri

Salam Aidilfitri..walaupun telah lebih seminggu 1 Syawal berlalu tetapi kemeriahan masih tetap terasa. Minggu ini dijangkakan minggu pertama musim open house berlangsung setelah warga kota pulang dari cuti raya yang panjang. Ada yang ambil kesempatan bercuti selama 2 minggu menghabiskan cuti sekolah anak-anak di kampung.

Tahun ini saya membuat perubahan dari segi penggiliran balik kampung. Tahun ini sepatutnya giliran beraya bersama keluarga saya paa 1 Syawal tetapi terpaksa ditukar kerana setelah difikir-fikirkan, sekiranya sistem penggiliran yang biasa diamalkan, kami tidak akan langsung berpeluang berhari raya pertama di Bentong iaitu di kampung Mak. Jadinya saya come up dengan jadual baru yang mana keluarga saya dan mertua digilirkan setiap 2 tahun sekali. Memandangkan tahun lepas, 1 Syawal di Kelantan makanya tahun ini juga 1 Syawal di sana. Bermula tahun depan dan tahun 2012 giliran 1 Syawal bersama keluarga saya dan begitulah seterusnya.

Sehari sebelum Syawal, saya dan mertua sibuk bertungkus lumus di dapur. Ibu mertua menyediakan kuah kari dan rendang ayam. Sedang sibuk menyediakan juadah, adik ipar called dan minta mertua sediakan laksa Penang sebab teringin katanya. Mertua saya apa lagi cepat2 ke pasar membeli bahan memasak laksa sebab awalnya tiada perancangan memasak laksa. Begitulah sikap mertua saya, sangat mengasihi anak-anak. Apa sahaja anak-anak teringin cepat2 dimasaknya. Malah bersusah payah Maa bekalkan beberapa ketul peria pada saya, katanya masa pergi pasar dia teringat cerita saya yang amat menggemari peria jadi dia belikan. Padahal dia sendiri tak makan peria. Terima kasih Maa..terharu nih.

Saya ditugaskan Maa membuat roti jala. Setelah siap adunan dibancuh saya pun memulakan proses menjala. Tetapi...jeng jeng jeng...Jala sudah jadi pukat! Saya buat post mortem..patut la. Lubang acuan kecik sangat.Maa suruh saya tambah lagi air, hingga akhirnya adunan jadi tersangat cair. Kami akhirnya sepakat adunan tuh dibuat lempeng sahaja. Memandangkan jam telah menunjukaan pukul 11 malam, Maa cakap tak perlu buat lagi. Memandangkan adik ipar dah tolong belikan roti sepertimana dipesan, Maa kata kita makan kari dengan roti sahaja.

Dushhh...frust sungguh. Maa kata rasa dah ada, rupa je tak ada. Takpe la Maa nanti kita modify acuan tuh. Besarkan lubang acuan dengan pisau.

Apa yang ingin saya coretkan di sini ialah tentang pengalaman beraya di Kelantan. Dahulu saya disogokkan dengan cerita bahawa jika di Kelantan, Aidilfitri tidak disambut semeriah Aidiladha.Malah dikatakan Aidiladhanya disambut seperti Aidilfitri di tempat lain. Tetapi setelah berkahwin dengan orang Kelantan sendiri saya dapati pendapat itu tidak benar sama sekali. Aidilfitri di Kelantan sangat meriah!Kalau tak masakan jalan kampung pun boleh jammed kan?hehe!

Dentuman mercun tak usah cerita. I guess dapat bekalan dari negara jiran kut?Wallahua'alam. Malah rumah-rumah di kampung pun diterangi dengan lampu pelita. Pergi beraya siang dan malam mengeratkan silaturrahim. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah budaya membawa buah tangan apabila berkunjung ke rumah saudara-mara atau rakan. Kadang-kadang food of exchange nih menunya sama je di semua rumah tetapi tetap juga diberi tanda keikhlasan si pemberi. Hmmmm boleh lah saya apply budaya nih di sini.

Cuma satu je...hehe. Oleh kerana terbiasa dengan juadah ketupat lemang yang dimakan bersama rendang apabila berkunjung, saya jadi sedikit janggal apabila masyarakat sana menghidangkan ketupat daun palas yang dimakan begitu sahaja tanpa rendang atau lauk-pauk. Ini kerana kebanyakan mereka menggemari ketupat manis dan jarang didapati ketupat tawar. Apa pun bak kata orang masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. Saya jamah juga sedikit makanan yang dihidangkan demi menghormati tuan rumah. Lagi satu hidangan yang dijadikan kemestian ialah tapai pulut. Haaa yang ini saya tak begitu janggal sebab di Negeri Sembilan (kampung Ayah), tapai pulut juga kerap dihidangkan kepada tetamu. Rasa yang sama, terubatlah juga kerinduan saya kepada kaum keluarga di Kuala Pilah.

Pada 3 Syawal kami juga mengambil kesempatan ke Tanah Merah melawat sepupu saya dan isterinya yang baru sahaja menimang anak sulung. Isterinya orang Tanah Merah, menghabiskan pantang di sana, rumah ibu bapanya. Kemudian dari Tanah Merah kami ke Pasir Mas memenuhi walimah adik rakan suami. Suami dan keluarga rakannya pun dah jadi macam saudara, malah Abah dan Maa saling mengenali keluarga mereka. Sehari suntuk kami keluar rumah, beraya di dua rumah sahaja, selebihnya masa habis atas jalan sebab sana-sini jalan 'sumbat'. Aduyaiiii..Kelantan oh kelantan!4 Syawal kami memulakan perjalanan pulang ke Bentong untuk beraya bersama keluarga saya pula. Makanan pertama yang saya  terkam ialah..ketupat nasi!Almaklum la dah lama tak jumpa ketupat nasi.

Sepanjang keberadaan kami di Kelantan, sempat juga lah saya menambah 'vocab' baru. "Meceh, poda, suhut, sumbat" macam-macam lagi lah. Lain kali saya kena bawa satu buku nota kecil dan pen setiap kali dapat vocab baru.

Kesimpulannya raya tahun ini adalah yang paling memenatkan tetapi sangat puas hati. Merata kami pergi, dari Terengganu ke Kelantan, balik ke Pahang kemudian ke Melaka seterusnya ke Negeri Sembilan. Duit minyak dan tol tak usah cerita janji hati gembira dapat menziarahi saudara mara dan rakan. Seronok bila pergi rumah orang dan seronok bila orang datang rumah kita. Semoga tradisi kunjung mengunjung tetap diteruskan sampai bila-bila. 

No comments:

Post a Comment