Mummy tertarik dengan rencana berkenaan sahabat Nabi SAW, Umar Al-Khattab dalam ruangan Agama di Berita Harian pada hari ini. Berikut adalah rencananya :
Sumber : Berita Harian, 1 Jun 2011.
Sumber : Berita Harian, 1 Jun 2011.
Iqra:  Umar tinggalkan contoh kepemimpinan saksama
2011/06/01
        SEPANJANG 10 tahun pemerintahannya, Madinah menjadi negara terbesar yang  menyinari dunia kerana umat Islam ketika itu berada dalam satu kesatuan  hingga mewujudkan kemakmuran, persamaan, persaudaraan dan kemanusiaan. 
 
Kegemilangan pemerintahan Umar Al-Khattab menjadi contoh ikutan kepemimpinan hari ini yang dahagakan keharmonian dan keamanan. Ada yang mahu menjadi pemimpin seperti beliau yang adil terhadap rakyat dan bertindak tegas walaupun dalam perkara membabitkan keperluan keluarganya.

   Buku Umar bin Al-Khattab The Conqueror membawa pembaca bersama pemimpin  ulung itu mengembara episod demi episod kehidupan beliau yang dipenuhi  kebaikan, keindahan, sinar cinta serta kegembiraan rakyat yang berpuas  hati dengan cara kepemimpinannya yang adil saksama.   
   Umar juga pemimpin yang membuktikan idea baru boleh melakar sejarah  dengan syarat dilaksanakan sepenuh hati. Beliau juga memperkenalkan  subsidi untuk kesejahteraan sosial serta memberitahu rakyat di bawah  pemerintahannya mereka dan orang Arab sama. 
 
Dia juga yang pertama menjadikan pengadilan sebagai badan bebas untuk menjamin keadilan hak setiap orang selain membuat peraturan tegas supaya dipatuhi pegawainya. Jika tidak, mereka bakal berdepan tindakan kerana setiap yang melanggar peraturan perlu mene-rima kesannya.
 
Sebagai pemimpin rakyat, kisah Umar yang membuat kawalan malam untuk melihat lebih dekat kehidupan rakyat sehingga kini menjadi kisah bualan. Malah, itulah contoh sentiasa diulang untuk membuktikan kebijaksanaan serta keprihatinan beliau.
 
Pastinya semua tahu kisah Amirul Mukminin yang mengambil sendiri gandum dari stor simpanan, memasak dan menyuapkan ke mulut anak kecil yang menangis kelaparan. Itulah jiwa pemimpin yang tidak akan rasa senang jika rakyatnya berdepan dengan masalah.
Membaca buku Umar bin Al-Khattab The Conqueror akan mencambah minat untuk mengenali pemimpin ini dengan lebih dekat dan mendalami daya pemikiran beliau.
Buku setebal 503 halaman boleh menjadi rujukan semua yang mungkin sedang mencari idola untuk dicontohi.
 
Penulisan gaya novel memudahkan pembaca menyelami serta merasai sendiri pengalaman seolah mereka turut serta mengembara bersama pemimpin agung ini.
Rencana di atas merupakan ulasan buku Umar bin Al-Khattab The Conqueror, tokoh yang Mummy kagumi.
Mummy nak Umar tahu bahawa Mummy dan Papa namakan anak-anak kami atas sesuatu sebab. Mummy dan Papa bukan sahaja suka-suka letak nama yang hanya indah di bibir tetapi tidak membawa apa-apa makna dan harapan. Apabila kami memilih nama Umar untuk anak sulung yang dikasihi, kami berharap agar anakanda bakal mengikut sikap-sikap terpuji Saidina Umar Al-Khattab dan cicitnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan sikap adil dalam pemerintahan.
Begitulah harapan Mummy dan Papa.

No comments:
Post a Comment