Sunday, April 29, 2012

Si mulus

Semalam kami menghadirkan diri di Family Day sekolah Umar. Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan di sini, bukan tentang kemeriahan hari tersebut tetapi tentang dua orang kanak-kanak comel yang saya temui. 
Wajah mereka yang sangat comel menarik perhatian saya. Telahan saya mereka adik beradik. Rupanya telahan saya benar. Naluri keibuan menarik saya untuk bertanya lanjut.

"Mama mana?"
"Takde. Tak datang"
"Papa?"
"Tak datang"

Kasihan.....ketika semua kanak-kanak ditemani ibu bapa masing-masing, dua beradik ini membawa dri menempatkan mereka di kalangan kawan-kawan yang ceria. Mereka turut bergembira tidak ada sekelumit pun sedih ditunjukkan.

Sebentar-sebentar si abang mendapatkan saya meminta mengikat semula riben pengenalan kumpulan di tangan kecil beliau yang kerap terlerai.

"Teacher, tolong ni" sambil menghulurkan tangannya pada saya (Bangga kejap bila dia panggil saya teacher!)

Bila tiba giliran kedua-duanya untuk sertai game yang diatur pihak sekolah, dua orang teacher akan menggantikan tempat ibu bapa mereka kerana semua game melibatkan penyertaan murid dan ibu bapa. Sebagai ibu, saya tersentuh dengan keadaan sedemikian. Tidak dapat dibayangkan kalau Umar mengalami perkara yang sama.

Saya teringat tentang childhood friend saya bernama Lina (bukan nama sebenar). Anak tunggal dalam keluarga ini kerap kali ditinggalkan ibu bapanya atas faktor kesibukan keduanya. Lina agak berada orangnya. Oleh kerana kerap ditinggal, beliau menjadi anak yang berdikari walaupun masa itu beliau masih bersekolah rendah (umurnya lebih muda dari saya). Lina pandai membawa diri, kerap datang ke rumah jiran menumpang bermain, ramah dengan sesiapa sahaja dan tidak malu-malu. Tiap kali beliau bertandang ke rumah jiran kebiasaannya beliau akan diajak makan bersama-sama dan Lina dengan senang hati menyertai keluarga jiran.

Mungkinkah kedua beradik tersebut menjadi kanak-kanak yang berdikari kerana kerap ditinggal?
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment