Monday, June 28, 2010

Pantang Larang Tok Nenek - Part 1

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan pantang-larang. Pantang larang yang kebanyakannya bersifat menegah itu kadang kala ada maksud tersirat di sebaliknya.

Saya bukanlah seorang yang superstitious. Malah saya menentang pantang-larang karut-marut tersebut. Dilahirkan kepada seorang ibu yang berfikiran moden yang menentang kepercayaan karut, saya bertuah kerana seringkali Mak counter balik apa yang orang tua-tua tegah.

Berikut adalah pantang-larang yang pernah saya temui sama ada dari nenek dan mak cik sebelah Ayah, kawan2 atau sesiapa sahaja yang mempunyai mulut untuk berkata :

1) Jangan galak sangat minum air kelapa nanti mata buta

Peristiwa ini terjadi semasa saya di sekolah rendah. Masa tu cuti sekolah dan seperti biasa saya dan kakak menghabiskan cuti di Kuala Pilah iaitu kampung sebelah Ayah. Di kampung menjadi habit saya dan kakak minum air kelapa. Maklumla di rumah sendiri takde. Jadinya yang jadi mangsa kait buah kelapa ialah pak cik saya yang dipanggil Pok Do. Dek kerana hari2 kami minta Pok Do kait satu hari arwah Wan bersuara 'tak usah hari2 minam air nyior, sok mato ko butooo!'

Kami terdiam dan terus terbantut kegemaran terhadap air kelapa. Bila balik rumah Mak kata yang sebenarnya Pok Do tuh dah malas nak layan korang, tu yang Wan cakap macam tu

2) Jangan potong kuku malam2, nanti mati cepat

Bak versi arwah Wan 'sok mati dorehh'. Nih berpunca dari saya minta ketip kuku malam2. Seperti biasa Mak came to the rescue. Mak kata dulu2 orang pakai pelita minyak tanah je, so bila malam kadang2 angin bertiup melintuk2 la api pelita tu.Dulu2 orang takde ketip kuku, pakai pisau je. Jadi bayangkan dalam keadaan suram, api pelita meliuk2, pisau diguna potong kuku..tak ke berisiko melukakan tangan?Tapi saya masih tak faham kenapa sampai boleh bawa mati. Cuba bayangkan saya jadi majistret buat inquest COD : mati sebab potong kuku malam2..tak boleh bayangkan

3) Budak-budak tak boleh makan ikan, nanti cacing

Mak kata sebenarnya orang tua-tua yang nak makan ikan tuh. Dihalangnya budak2 makan ikan.Ish kesian...tak dapat khasiat omega-3

4) Kalau sakit gigi, jangan menumbuk lesung atau mencangkul

Mitos nih saya dapat bila satu hari saya balik kampung. Sehari sebelumnya saya pergi cabut gigi sehingga sebelah pipi bengkak dibuatnya. Hari itu sy mahu makan apa sy pun dah tak ingat tapi saya perlu menumbuk lesung. Kebetulan mak teh masa tuh ada tetamu, so saya senyap2 tumbuk bawang kat dapur. Hehe!Takde pulak gigi saya makin sakit selepas tu..BUSTED!

5) Kalau hari cerah hujan panas, ada orang mati

Laaaa....memang la bukan masa hari hujan panas je. Hari2 ada orang mati kat dunia nih. Bukan setakat setiap hari, setiap minit malah mungkin setiap saat!

6) Alat mandi jenazah ada penunggu

Seram kan bunyinya?Tapi bulu roma anda tegak tak bila cerita betapa dahsyatnya neraka?Kalau tak, takde sebab untuk anda rasa seram dengan mitos ni. Mitos nih saya dengar di kematian arwah wan tuo (kakak arwah wan). Masa tuh saya terdengar ada sorang orang tua menyuruh diletak batang pisang yang diguna sbg platform mandi jenazah di satu sudut tersorok. Katanya 'poei lotak an sanun..ado penunggu'. Reaksi saya 'apekahh????' Bila balik citer dengan Mak, beliau hanya tergelak..macam2. Kenapa masyarakat kita gemar sangat mengassociate mayat dengan hantu/seram?Satu hari kita semua akan menjadi mayat. Kalau la saya mati sok dan saya boleh dengar kata2 sedemikian, mesti rasa cam nak bangun balik dan sergah 'apo penunggu2?nih haaa...penunggu bangun balik'

Apa lagi karut-marut yang saya pnah dengar?To be continued

No comments:

Post a Comment