Monday, October 18, 2010

Hikmah Musibah

Dammmmm!

Bunyi dentuman di belakang kereta mengejutkan saya dari lena. Saya buka mata, kereta sedang berhenti di lampu isyarat dan sekilas suami bersuara "Ya Allah!Kereta kena langgar!"

Mak di sebelah saya menjerit takut suami terlanggar seseorang. Saya toleh ke belakang dan saya lihat kereta Mercedes warna coklat cair juga sedang berhenti. Saya dan suami turun dari kereta. Kelihatan kereta Mercedes dipandu oleh seorang lelaki Cina dalam lingkungan 40an dan isterinya duduk di sebelah. Pemandu Cina itu juga turun melihat kerosakan.

Mula-mula saya lihat di keretanya. TIADA KEROSAKAN. Saya lihat pula kereta kesayangan saya. JUGA TIADA KEROSAKAN. Tidak kemek, cuma ada kesan calar yang amat minor. Suami tanya saya 'macam mana?' sebagai isyarat sama ada saya inginkan ganti rugi. Saya geleng kepala dan kata 'takpe lah, sikit saja'. Kami berpaling kepada pemandu Cina tadi dan sempat menitip pesan padanya supaya berhati2. Suami dan dia saling berjabat tangan dan kami meneruskan perjalanan.

Ayah bertanya kenapa tak minta gantirugi? Saya kata bumper tak rosak pun, calar sikit saja. Lagipun saya tak mahu mengganggu lalu lintas ditambah pula terik matahari lewat 3 petang itu. Saya katakan 'biarlah, semoga dengan kebaikan kita Allah je yang balas'

Di dalam hati " semoga pemandu Cina tadi terbuka hati untuk menerima hidayah Allah, Amin"

Dan hati saya tenang...setenang-tenangnya

Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment