Friday, February 17, 2012

Cinta Pandang Pertama


Saya sedang dilamun cinta. Cinta pandang pertama di MPH Alamanda membuahkan rindu yang tidak tertanggung. Kembali ke rumah, fikiran asyik teringat-ingat padanya.

Aku mesti memilikinya..

Subjek Agama dan Pemulihan yang disyarahkan oleh Dr Mohd Rushdan telah mencambahkan bibit minat dalam diri saya terhadap apa itu tasawuf. Ditambah pengalaman yang dikutip sekembali dari lawatan ke pusat rawatan penagih dadah di utara Semenanjung serta pembentangan kumpulan mengenai pendekatan rawatan penagihan di Terengganu, membuahkan persoalan yang melingkari minda tentang pendekatan tarekat yang digunapakai.

Saya mula mencari makna tasawuf, apa itu sufisme, tarekat, zikir jahar dan sebagainya. Adakah cabang ilmu tasawuf ini wajib diketahui oleh semua umat Islam? Dahulu saya dimomokkan oleh cakap-cakap bahawa tasawuf ialah ilmu mengenal Allah tahap tertinggi, barangsiapa yang tidak mampu eloklah tidak mendalaminya dikhuatiri tidak mampu menghadaminya. Saya yang langsung tidak mempunyai latarbelakang agama yang formal, mengaji setiap petang sewaktu di sekolah rendah pun culas kerana adanya tarikan siri Jepun Maero Attack, pada ketika dimomokkan sedemikian rupa menjadi gerun apabila mendengar tentang subjek Tasawuf.

Website yang disarankan oleh pensyarah saya layari penuh minat tetapi jauh di sudut hati saya belum benar-benar memahami konsepnya. Saya perlu berkenalan dahulu dengan Tasawuf, dan tahu tentang prinsip-prinsip asasnya sebelum mengetahui tentang praktisnya terutama di masa kini. Saya lontarkan pula persoalannya kepada suami yang berlatarpendidikan agama, juga beliau memohon kemaafan kerana tidak mampu mendalami ilmu tersebut.

Akhirnya..

Kunjungan ke MPH Alamanda mulanya diniatkan untuk mencari buku Furu' Masail. Malangnya ia tiada dalam stok. Dan tiba-tiba saya terpandang buku Tasawuf Kontemporari ini. Saya belek buku sampel dan ia benar-benar menarik minat saya. Saya belek dompet. Alamakkkk!!!!Saya hanya ada RM15 dalam tangan sedangkan buku ini berharga RM20.00!!Saya terpaksa lepaskan peluang memiliki buku ini.

Akhirnya malam tadi saya berpeluang juga memiliki buku yang sangat bagus ini walaupun sekadar mebaca 5 m/s setakat ini. Saya akan review buku ini sebaik sahaja habis dibaca.

Wassalam

Wednesday, February 8, 2012

A Message to Mr Hosseini


Terribly heart-wrenching. Mr Hosseini, when will you be working on your next piece of art?Two are never enough.

Sunday, January 29, 2012

Pencerahan

Sempat lagi minda saya melencong kepada perkara-perkara di luar lingkungan presentation saya di Bandung kelak. Antaranya penambahan pengetahuan tentang agama Baha'i dan juga fahaman Wahhabi. Cuma yang ingin saya highlight di sini ialah fahaman Wahhabi. Dalam banyak-banyak website, saya tertarik dengan yang satu ini ---->http://pondokhabib.wordpress.com/2011/07/09/sejarah-wahhabi/

Di dalam tulisan tersebut, saya tertarik dengan hadis yang dikemukakan oleh penulis. Petikan tulisan adalah seperti berikut :

" Diantaranya: Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadith ini dalam bab berjudul: Sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam: “Fitnah itu (datang) dari sebelah timur”. Kemudian, beliau meriwayatkan beberapa hadith, termasuklah doa Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam dengan matan (lafaz):

اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، قال: اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”.

“Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al-Qur’an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, mereka tidak akan mampu kembali seperti anak panah yang tidak akan kembali ketempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (Gundul/Botak).” (HR Bukhari no 7123, Juz 6 hal 20748). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Ibnu Hibban"

( Kredit kepada blog pondokhabib,wordpress.com )

Bagi mengukuhkan pengetahuan, saya berbincang dengan suami mengenai pengetahuan baru saya. Saya membacakan hadis tersebut kepada suami. Lantas dibalas oleh suami :

"Tengok, Nabi SAW tak sebut pun tentang negeri Najd, tempat lahir fahaman Wahhabi (maksud beliau : Nabi SAW tak mendoakan keberkatan negeri Najd). Bayangkan kalau Nabi SAW sebut, tentu golongan Wahhabi akan kata mereka setaraf/sealiran dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah"

Ting!Serta-merta saya mendapat insight.

Serta-merta minda saya bercambah lagi. Oh no!Not now!




Thursday, January 26, 2012

Santai


Nyaman di petang hari sambil menikmati teh cham ais buatan sendiri sambil berangan mengkhabarkan sesuatu yang menggembirakan sepulangnya zauji habib!

(Nota : sambil-sambil exercise minda melengkapkan bahan presentation untuk forum di Bandung!)

Sunday, January 22, 2012

Hati ibu

Alhamdulillah diberiNya kesempatan buat kami sekeluarga untuk berkunjung ke Masjid Al Hasanah bagi mengutip secebis ilmu di bumi Bangi bandar ilmu ini. Kami berdoa agar kami istiqamah dalam melaksanakan tujuan kami berhijrah ke bandar ilmu ini. Setiap kali masuk waktu solat, azan bersahut-sahutan dari tiga buah surau di sekitar perumahan kami!Alhamdulillah

Namun ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya di masjid sebentar tadi. Ada seorang remaja perempuan yang berpakaian 'kurang sopan' semasa berada di masjid. Saya tidak berniat memperincikan hal 'kurang sopan' itu sebaliknya falsafah di sebalik itu. Saya terperasan kerap kali ibunya menegur anaknya yang berada di bahagian paling belakang supaya memakai tudung dan memerhatikan perlakuan anaknya. Nampak benar risaunya dia terhadap perlakuan anaknya. Saya memandang wajah jernih si ibu dan benar-benar simpati dengannya. Si ibu tekun mendengar kuliah maghrib sedangkan si anak di belakang bersama 2 lagi saudaranya yang lain sibuk bermain handphone.

Saya cuba mempositifkan fikiran. Saya merasakan si ibu memang sengaja mengajak anaknya ke masjid walaupun tahu perlakuan anaknya sebegitu. Sekurang-kurang dia di masjid, dan bukan tempat yang tidak sepatutnya. Dalam hati saya berdoa agar si ibu jangan putuskan doa untuk anak perempuannya. Semoga ibu diberi kekuatan untuk mendidik jiwa anaknya agar mendekati Allah..

(nota : orang yang baik dan jernih hatinya, boleh dilihat melalui kemanisan wajahnya yang sejuk dipandang. Sungguh saya terpesona dengan kejernihan wajah si ibu tadi, saya rasa dia memang seorang yang baik )

Sunday, January 15, 2012

Ikhlas

Dada Azzahra semakin sesak. Nafasnya dirasakan semakin pendek. Demam yang menyerang dua hari yang lepas tak juga kebah-kebah. Sedangkan peperiksaan akhir Semester 1 tinggal dua hari sahaja lagi!

Dalam pada itu, beliau masih sempat mencuri masa menjengah FB batchnya. Tertera di status sahabat2 yang masih belum lengkap notanya dan meminta bantuan daripada rakan. Mata Azzahra tertancap pada satu ruangan komen. Sahabatnya Elia sangat ingin membantu tetapi kemampuan agak terbatas kerana semua nota dalam bentuk tulisan tangan dan kemungkinan sukar dibaca. Sekonyong-konyong Azzahra mendapat ilham. Tiba-tiba perasaan kasihan dan semangat ingin membantu membuak2 mengisi ruang dadanya yang semput tadi. Azzahra bingkas mencapai fail subjek Technique and Process. Diselak satu persatu helaian yang tercangkuk kemas dan akhirnya "Alhamdulillah!Ada!" nota yang diminta sahabatnya yang dalam kesusahan.

Sedar beliau tidak punya banyak masa, beliau meminta jasa baik suami, Hifdzi untuk mengimbas semua nota tersebut. Tanpa banyak soal, sang suami yang baik hati mula melakukan seperti yang dipinta. Sesekali terdengar rengusan sang suami akan printer yang bermasalah hingga menyukarkan pekerjaan. Sesekali beliau memahami sang suami mula diserang putus asa.

Perlahan-lahan didekatinya sang suami lalu bertanya dengan nada yang lembut "Abang, mau tak kalau abang diberi pahala jihad kerana membantu orang jihad?Besar kan?bukan kah orang yang sedang belajar ilmu Allah sedang berjihad?". Hifdzi terdiam. Beliau mula sedar rengusan tidak membawa apa-apa erti. Beliau meneruskan mengimbas dengan hati yang redha. Akhirnya selang beberapa minit siaplah semua nota diimbas.

Cepat-cepat Azzahra membuka email. Dengan penuh hati-hati, dimuatnaiknya kesemua nota yang diimbas suami tercinta. Kemudian baharulah ditaipnya satu-satu email rakan-rakan yang dahagakan nota. Beliau tersenyum puas sebaik sahaja butang 'send' ditekan.

Keesokan harinya, seusai solat Subuh beliau membuka peti emailnya. Didapati salah seorang rakannya semalam mengemail jawapan kepada semua soalan peperiksaan yang diberi pensyarah. "Allahu Akbar!Ya Allah!saksikanlah bahawa aku menyaksikan KebesaranMu!Aku tidak minta walau sedikit pun untuk sahabatku membalas dengan meminta nota beliau. Lihat!beliau memberi tanpa meminta". Lantas Azzahra menaip ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan untuk sahabat yang sudi mengingati beliau. Syukur Ya Allah!

Kini Azzahra sedar bahawa kebenaran kata-kata Allah. Bahawa Allah menghisab amal perbuatan manusia berdasarkan keikhlasan di hati hambaNya. Setiap yang baik ada balasannya, setiap yang buruk juga ada balasannya.

Azzahra mula mencari Allah.

Saturday, October 29, 2011

Gift from Heart

While you were sleeping
I stare at you
I see tranquility..

While you were sleeping
Moments of treasure reel one after another
For the years we've been together
Your kind heart and patience draw me closer..

While you were sleeping
I think of how clumsy you were
When we were about to have our first son
The times when you were not able to send me for check-ups
Frustrated I must state
Anger I must admit
But soon I began to realize
You just tried hard to model
A good image to your future kid

While you were sleeping
I remember being a loyal listener
When you express disappointments over someone
When things did not turn out the way it should be
You said you are in fury
Of revenge you might be
But one thing I know
That's just not you
How can the man with purified heart and subtle soul
Be a man with no soul?

While you were sleeping
I remember the day I gave birth
To your son
I feel the pain your mum was
When she gave birth to you
Yes you.....my great man
Surely Maa is proud of you, really
Thou no loving words out of her
You set a good example for sisters and brothers
To her, that's the greatest gift she ever had
From you...her son

While you were sleeping
Much to utter, I anticipate
But I choose only to thank
Thank you...for choosing me as your wife
Thank you...for being a great father to our son
Thank you...for every beads of perspiration in maintaining us
Thank you...for listening to my grunts and grumbles
Thank you...is all I can afford on your 30th birthday

Happy birthday hubby...May Allah grant us with rahmah, mawaddah and sakinah..Amin